Thursday, August 28, 2008

PETUA MENCARI LAILATUL KADAR

PETUA AJA....

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad (SAW) carilah malam Lailatul Qadar di 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali (r.a) dan lain-lain ulama’ yang mu'tabar untuk mencari Malam Lailatul Qadar adalah mengikut hari awal berpuasa.

Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:

1) Ahad atau Rabu - Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 29 Ramadhan

2) Isnin - Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 21 Ramadhan

3) Selasa atau Jumaat - Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadhan

4) Khamis - Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 25 Ramadhan

5) Sabtu - Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 23 Ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa sejak dia baligh, dengan mengikut petua diatas, dia sentiasa dapat menghidupkan malam lailatul qadar dengan tepat. Walau bagaimanapun, ibadat perlu diteruskan di sepanjang bulan ramadan. Ini kerana tarikh kita berpuasa kadang-kadang berbeza dengan negeri arab, yang biasanya dia orang puasa dan raya awal pada kita, sedangkan kalau kita lihat dari sudut geografi, kita patut puasa dan raya awal daripada dia orang, so kalau nak guna petua di atas tu, nak ikut tarikh mana.... Daripada pening-pening, belasah aja 10 malam terakhir tu..

Tanda malam Qadar ialah :

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

p/s: Petua ni boleh didapati dalam Kitab Muta'albadrin ( Siapa sekolah agama lebih dari darjah tiga kat Johor, mesti pernah guna kitab nii).