Monday, September 22, 2008

SEMINGGU SEBELUM RAYA

Salam semua....

Seminggu lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut hari raya aidil fitri. Mode raya telah menyaluti hati-hati semua orang termasuklah diri saya sendiri. Walaupun mesyuarat masih berjalan dan berterusan tapi fokus di minda telah berubah daripada SKT kepada RAYA....ditambah lagi dengan pemberian bonus pertama.... maka meruap-ruap lah nafsu tu untuk memenuhi perkara-perkara yang dihajati.

Tahun ni tumpuan kepada amalan keagamaan agak kurang.... mungkin sibuk melayan sekecil yang baru menempuh usia 6 bulan dengan kerenah-kerenahnya yang melucukan dan kadang-kadang memeranjatkan.

Situasi tempat kerja pun agak selesa kerana telah diberikan sebuah bilik yang agak besar berbanding sebelumnya... berkongsi dengan rakan-rakan....hanya dibatasi dengan partition wall setinggi 5 kaki.

Masa-masa terluang di rumah...terutamanya sebelah petang dan malam...dipenuhi dengan aktiviti memasak, menanam pokok di laman dan tengah berjinak-jinak dengan forex.

Info-info mengenai masakkan saya dapatkan dari mesra.net dan myresepi.com ....manakala maklumat mengenai laman saya dapatkan daripada majalah dan sudut laman di berita harian online.

Bagi kes memorex pulak saya dapatkan info daripada forum-forum dan blog-blog yang berasaskan forex. Bagi menjimatkan kos dan kerugian yang ditanggung...saya memorex menggunakan e-gold sebagai point saya....kerana nilainya agak rendah berbanding nilai matawang usd sebenar.

Dah hampir setahun setengah saya memorex.....banyak lagi perkara-perkara yang perlu saya pelajari dan dalami....untuk menjadikan forex sumber site income. Memang tidak dinafikan....sehari seseorang yang tidak berapa cekap macam saya ni pun masih mampu mendapatkan profit antara RM10 - RM 100.

Pada masa ni tujuan utama saya memorex untuk mengasah skil dan kemahiran, semua keuntungan yang didapati digunakan semula....kalau ada orang bertanya...pernahkah anda MC (margin call)....jawapan saya adalah SELALU.... kenapa.....satu sahaja sebab utamanya adalah TAMAK... bila dapat seratus hinggit nak dua ratus hinggit.... tu la yang menyebabkan saya MC.

So sapa-sapa nak share maklumat tentang memorex ni, tools-tools yang diperlukan bolehlah menghubungi saya melalui emel di razak.nawi@yahoo.com.sg atau ym sy razak.nawi ....... basic tu boleh lah saya perturunkan.... percuma aja.... sebab saya dapat pun percuma jugak .... Yang advance tu kena cari sifu forex la.

SELAMAT MENAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI 2008